UMS anjur bengkel iOTB, perkasa dan tingkatkan kualiti hasil pembelajaran

 

Pusat e-Pembelajaran (PEP) dan Jabatan Teknologi Komunikasi Maklumat (JTMK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Bengkel Inclusive Open Textbook (iOTB) dengan kerjasama strategik antarabangsa bersama Commonwealth of Learning (COL), Canada.

Bengkel tersebut bertujuan memperkasa penggunaan pembelajaran berasaskan teknologi bagi menggalakkan inovasi, seterusnya meningkatkan kualiti hasil pembelajaran.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor, penganjuran tersebut bukan sekadar untuk penerbitan buku teks terbuka, malah ia adalah komitmen UMS terhadap ekuiti dan keterangkuman dalam bidang pendidikan.

Katanya, ia juga selaras dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan, UNESCO yang keempat (SDG4) iaitu memastikan pendidikan berkualiti secara inklusif dan saksama, dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat.

“Bengkel ini memberi ruang kepada para peserta untuk melibatkan diri dalam perbincangan, pencerahan dan kerjasama dengan pakar disiplin masing-masing serta memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghasilkan buku teks terbuka yang berkualiti tinggi.

“Usaha ini adalah bukti dedikasi kita untuk menjadikan pendidikan sebagai hak sejagat dan bukan satu keistimewaan,” katanya.

Tambah beliau, penganjuran bengkel tersebut berpotensi untuk menyumbang kepada perubahan sistem pendidikan di Malaysia.

“Dengan membangunkan buku teks terbuka ini, kita dapat memperkasa para pelajar dan pendidik dengan menyediakan bahan pembelajaran secara percuma, mudah diakses dan bersesuaian.

“Penganjuran progam ini juga adalah selari dengan aspirasi UMS ke arah pengiktirafan di persada antarabangsa. Hasil bengkel ini akan membolehkan penerbitan bahan pembelajaran inklusif dapat diterbitkan secara digital dalam pelantar Pressbook UMS kelak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian bengkel iOTB yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Bilik SmartSpace JTMK UMS, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pegawai Maklumat UMS, Profesor Dr. Ag Asri Ag Ibrahim.

Bengkel iOTB tersebut telah disertai oleh 33 peserta yang terdiri daripada kakitangan UMS, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selain itu, ia turut dihadiri oleh peserta dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan The Southest Asia Minister of Education Organization Regional Centre for Special Education Needs (SEAMEO SEN).

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.