UMS, PPA Meterai Kerjasama Ke Arah Usaha Tingkat Kesedaran Perkukuh Simpanan Pencen Golongan Muda

 

Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memperkukuhkan simpanan pencen dalam kalangan orang muda, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memeterai satu perjanjian kolaborasi penyelidikan dengan Private Pension Administrator Malaysia (PPA) bagi menyokong usaha tersebut.

Perjanjian kolaborasi penyelidikan itu dimeterai dalam satu majlis yang berlangsung di UMS baru-baru ini.

UMS diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor menandatangani dokumen perjanjian tersebut, manakala PPA diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Husaini Hussin.

Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua institusi itu akan memulakan projek penyelidikan selama setahun yang bertajuk "Enhancing Pension Saving Awareness and Intention Among Young Working Adults in East Malaysia”.

Penyelidikan tersebut antara lain bertujuan untuk menilai tahap kesedaran simpanan pencen semasa, mengenal pasti faktor yang mempengaruhi, dan membangunkan strategi dalam meningkatkan hasrat untuk mempunyai simpanan pencen.

Demografi dan landskap ekonomi di Sabah dan Sarawak yang unik mewujudkan satu rangka kerja yang menarik untuk kajian tersebut, yang penting dalam memastikan keselamatan kewangan dalam komuniti untuk tahun yang mendatang.

Terdahulu, Kasim dalam ucapannya berkata, kerjasama tersebut sememangnya usaha berterusan UMS untuk menyumbang kepada masyarakat melalui penyelidikan ke arah menangani isu-isu realiti dunia masa kini.

“Kolaborasi ini menumpukan satu usaha ke arah keperluan merancang fasa persaraan dengan sumber peruntukan pencen yang mencukupi.

“Justeru itu, usaha ini amat penting kerana masih ramai golongan muda yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi masa hadapan memulakan kerjaya mereka tanpa mengetahui kaedah untuk mempunyai simpanan apabila bersara kelak,” katanya.

Husaini dalam ucapan balasnya turut merakamkan penghargaan kepada UMS atas komitmen ke arah memberi pendedahan dan meningkat kesedaran kepada golongan muda yang bekerja tentang keperluan persediaan dalam aspek kewangan untuk jaminan masa hadapan.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh; Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik, Prof. Madya Ts. Mohd. Hanafi Ahmad Hijazi; dan Pengurus Pemasaran PPA, Wong Mew Sum.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.