Prihatin: Mahasiswa Persada UMS Kongsi Masa Bersama Penghuni Yayasan Suria

Yayasan Suria2RABU, 27 MEI - Seramai 25 ahli Permuafakatan Siswa Siswi Felda (Persada) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan program ‘Seerat Kasih, Semanis Senyuman’ di Rumah Yayasan Suria Tuaran, baru-baru ini.

Menurut Penasihat Persada UMS, Rohani Hadi, program tersebut diadakan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan tanggungjawab sosial yang harus digalas setiap individu termasuk golongan siswa siswi.

“Program ini juga merupakan salah satu usaha untuk memupuk nilai kemasyarakatan dalam diri mahasiswa yang akan membentuk jati diri yang tinggi sekali gus membantu mereka dalam menempuhi dunia pekerjaan apabila tamat pengajian kelak,” ujarnya ketika dihubungi media.

Pada program itu, seramai 52 anak-anak Rumah Yayasan Suria berumur tujuh hingga 17 tahun juga berkesempatan mengikuti aktiviti seperti English Battleship dan sukaneka.

Tambah Rohani, UMS turut akan membantu dua penghuni Rumah Yayasan Suria, iaitu Aryati Jasni dan Razimah Raji untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan November depan.  

“Pada program itu, satu sesi motivasi juga diadakan kepada penghuni Yayasan Suria yang disampaikan Ketua Seranta (FELDA) Negeri Sabah, Asmarah Rikun,” jelasnya yang juga Penolong Pendaftar di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Terdahulu, Pegawai Yayasan Suria, Nur Maleena Abdullah turut menyampaikan rasa terharu atas kehadiran rombongan Persada UMS yang disifatkannya sebagai satu sokongan yang dapat menyuntik semangat penghuni di rumah kebajikan tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. –ZMD

Bahagian Media dan Citra
Sumber: HEP


IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.