Lantera Bayu Wakil Sabah ke Pertandingan Pengisahan Kebangsaan

Lentara Pengisahan wakil Sabah MsiaSELASA, 26 MEI - Kumpulan Lantera Bayu Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mewakili Sabah ke Pertandingan Pengisahan Kebangsaan 2015 pada bulan September depan.

Menurut penyelaras kumpulan, Rohani Hadi, Lantera Bayu terpilih selepas memberikan aksi terbaik pada Pertandingan Pengisahan Kenegaraan peringkat negeri yang dianjurkan Jabatan Penerangan di Bangunan Wisma Dang Bandang pada Ahad.

“Dalam pertandingan itu, sebanyak enam kumpulan yang berentap mewakili setiap Zon yang mana Lantera Bayu mewakili Pantai Barat Selatan,” ujarnya ketika dihubungi media. 

Membawakan tema ‘Seniman Sudirman Tiada Gantinya’ katanya, persembahan kumpulan tersebut berjaya memukau emosi para penonton yang hadir.

“Para penonton berdiri sambil bertepuk tangan selepas kumpulan itu selesai menyampaikan kisah suka duka dan pencapaian Allayarham Seniman Sudirman dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, jurulatih Lantera Bayu, Fandyi Sanizan turut berbangga dengan pencapaian itu dan menyifatkannya sebagai hasil daripada komitmen dan kesungguhan tinggi daripada semua ahli kumpulan. 

Jelasnya, beliau akan berusaha untuk melihat sebarang ruang yang boleh ditambahbaik terutama yang berkaitan dengan mutu persembahan.

“Kita mahu agar kumpulan ini mampu memberikan saingan sengit sekali gus mengharumkan nama UMS di peringkat kebangsaan nanti,” ujarnya yang juga alumni UMS yang pernah membawa universiti juara pertandingan sama pada 2014.

Lantera Bayu pada pertandingan tersebut diwakili Mujahid Halpi, Abdul Manan, Rishi Maran Subramaniam dan Zainal Zainudin. –SS


Bahagian Media dan Citra
Sumber: HEP

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.