Wacana Minda Sarjana: Merekayasa Kebitaraan Sekolah Kebangsaan

WACANA MInda SarjanaJUMAAT, 22 MEI– Tanggungjawab rakyat Malaysia adalah untuk berusaha ke arah merealisasikan aspirasi negara menjunjung kedaulatan ilmu sebagai pemangkin pendidikan anak-anak pada masa hadapan.


Menurut Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menzahirkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan menekankan empat teras utama pendidikan iaitu akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti dalam pendidikan dan kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan bermatlamatkan memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Kita melihat KPM telah berusaha dari semasa ke semasa mencari suatu formula untuk memperkuatkan sekolah kebangsaan kita,” katanya.

“Hanya dengan kerjasama semua pihak yang berkepentingan akan membolehkan sekolah kebangsaan kita berupaya menjadi peneraju pendidikan negara,” katanya yang berucap di hadapan peserta forum seramai 150 yang sebahagian besarnya merupakan guru besar sekolah pada forum Wacana Minda Sarjana di 1Borneo Kota Kinabalu baru-baru ini sebelum merasmikan majlis tersebut.

Seramai empat ahli panel dijemput untuk menyertai forum tersebut iaitu Prof. Dato’ Dr. Abdul Rashid Mohamed, Hj. Ahmad Hulmi Ismail, Raisin Saidin serta Lasimin Majani dan moderator ialah Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong.

Majlis yang dianjurkan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut mendapat kerjasama daripada KPM dan Majlis Profesor Negara bertujuan mendapatkan sumbangan, pemikiran dan maklum balas awam dari kalangan penggubal dasar peringkat kementerian, pelaksana dasar di peringkat sekolah, institusi, sarjana dan pengurus pendidikan.

Majlis tersebut turut dihadiri Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Dekan FPP, Prof. Dr Ismail Ibrahim serta wakil dari KPM. –CD

Foto: Ernest Berinus
Bahagian Media dan Citra

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.