Timbalan Presiden MPP Terima Anugerah Sukarelawan Kebajikan Muda

Nurlina AnugerahJUMAAT, 22 MEI – Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nurlina Arappe dianugerahkan Anugerah Sukarelawan Kebajikan Muda Perempuan 2014 bagi Kategori Umur 22-40 tahun.

Penganugerahan disampaikan Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Haji Mahiruddin dalam satu majlis yang diadakan di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Nurlina ketika ditemui kemudiannya berkata sangat gembira dan berterima kasih atas anugerah tersebut yang disifatkannya amat bermakna.

“Saya tidak menyangka dipilih menjadi penerima  anugerah ini apatah lagi saya melihat ramai calon lain yang turut aktif dalam bidang kesukarelawan. 

“Saya amat bersyukur dan akan menjadikan pengiktirafan ini sebagai pembakar semangat untuk terus aktif dalam aktiviti kebajikan tersebut,” katanya yang berasal dari Tawau.

Memasuki usia 23 tahun, Nurlina turut memasang tekad untuk menjadi wanita yang berkerjaya dan bergelar seorang pemimpin pada masa akan datang. –SS


Bahagian Media dan Citra  

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.