Persatuan Pelajar Semarak Khidmat Komuniti di Limbang, Sarawak

khidmat Komuniti Swak
JUMAAT,  19 JUN –  Seramai 11 ahli Persatuan Pelajar Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) memenuhi jemputan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang bagi menjalankan Program Motivasi Remaja ‘Aku Insan Cemerlang’ baru-baru ini.

Presiden Persatuan, Zamatur Faraain Madin berkata, program motivasi tersebut  merupakan kesinambungan Program Khidmat Komuniti di Kampung Batu Bakarang Limbang pada bulan Disember tahun lepas. 

“Program ini mendapat sokongan penuh Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Bahagian Limbang yang menyaksikan penglibatan lebih 100 pelajar sekolah menengah dari sekitar daerah berkenaan,” ujarnya kepada media UMS. 

Katanya, program itu pada kali ini juga bertujuan membantu para ibu tunggal melalui sumbangan berupa wang tunai dan keperluan harian.

Zamatur berkata, ia sebagai satu usaha untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak. “Saya juga berharap agar kerjasama erat dalam ahli persatuan akan berterusan selain sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab korporat serta mendekatkan diri kepada masyarakat,” tambahnya.

Turut mengiringi rombongan persatuan ialah Masrin Samian dan Zuraya Murny Taufik dari Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS. Majlis perasmian penutupan disempurnakan Ahli Parlimen Limbang, Tuan Haji Hasbi Habibollah. –SM

Bahagian Media dan Citra
Sumber: Pusat Pengajian Pascasiswazah

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.