Datuk Dr. Harun Kekal Naib Canselor UMS

vc
ISNIN, 22 JUN - Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah akan terus memegang jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) sehingga 2017.

Pelantikan semula ke jawatan itu diumumkan secara bertulis Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu surat rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurutnya, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (1) Perlembagaan UMS, Datuk Harun dilantik semula berkuatkuasa 18 Jun 2015 sehingga 17 Jun 2017. Tan Sri Muhyiddin turut mengucapkan tahniah dan berharap agar Datuk Harun memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada universiti.

Dalam pada itu, Datuk Harun ketika ditemui melahirkan rasa terima kasih kepada Kementerian Pendidikan atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu UMS.

Katanya, beliau akan berusaha untuk memastikan universitiEcoCampus itu sentiasa berdaya saing dan terus maju ke hadapan ke arah menggapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. “Terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh warga UMS yang sentiasa bersama-sama dan menyokong saya sepanjang bergelar Naib Canselor sebelum ini.

“Saya percaya kesepaduan ini akan menjadi satu berkat dan kekuatan untuk universiti melanjutkan kesinambungan dalam menjulang arus perkembangan ilmu intelek yang menjadi kebanggaan masyarakat negeri Sabah,” ujarnya sambil menyifatkan pelantikan itu sebagai satu anugerah daripada Allah S.W.T sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

Pelantikan semula itu menyaksikan beliau terus kekal sebagai Naib Canselor sehingga tempoh dua tahun akan datang. Turut mendapat pelantikan semula ialah Prof. Dr. Shahril Yusof yang akan kekal sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS sehingga 2017 berkuatkuasa 01 Julai 2015. -SS

Bahagian Media dan Citra
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.