Mahasiswa Pelbagai Agama Semarakkan Program Sahur dan Iftar KKTM UMS

Program SahurSELASA, 23 JUN -  Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Sahur dan Iftar baru-baru ini.

Menurut jurucakap Jakmas KKTM, Nur Syazlin Syafiqah Mohd Zabidi, selain bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama penghuni kolej kediaman, ia juga bagi mengurangkan rasa kerinduan terhadap suasana bersahur dan berbuka bersama keluarga di rumah. “Melalui program ini, warga KKTM juga dapat mengenali sekali gus beramah mesra dengan pihak pengurusan kolej kediaman dan Jakmas,” ujarnya ketika ditemui media.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih atas kehadiran semua pelajar dari kolej kediaman tersebut yang besahur sebelum kemudiannya berbuka puasa bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pihak Jakmas juga merakamkan penghargaan kepada pihak yang sama-sama menjayakan program Sahur dan Iftar ini,” ujarnya sambil menyatakan lebih 800 pelajar menyertai program berkenaan. Dalam pada itu, Pengetua KKTM, Dr. Mohd Nizam Nazarudin berkata, program ini merupakan satu usaha murni bukan sahaja sebagai amal ibadah tetapi juga mengukuhkan lagi perpaduan antara agama dan bangsa. 

“Kita jarang melihat suasana berbuka dan bersahur dalam kalangan warga kolej yang berlainan agama, dan ini ialah keunikan yang ada di Sabah khususnya di Kolej Kediaman Tun Mustapha. “Saya memuji usaha Jakmas yang turut bergotong-royong memasak juadah dan amalan seperti ini seharusnya perlu diteruskan,” katanya yang turut berterima kasih kepada organisasi dan orang perseorangan yang menyumbang kejayaan penganjuran program tersebut.

Selain acara bersahur dan iftar bersama-sama, program itu diimarahkan lagi dengan solat tarawih berjemaah dalam kalangan warga KKTM yang beragama Islam. –SS


Bahagian Media dan Citra
Sumber: KKTM
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.