Azmi Jumat Presiden Baharu PPUMS

PPUMS kepimpinan baruJUMAAT, 26 JUN –Ketua Bahagian Perhubungan Korporat, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Azmi Jumat dipilih sebagai Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) berkuatkuasa kelmarin.

Beliau diundi menang tanpa bertanding pada proses pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi sempena Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS ke-9 di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Pada pemilihan itu menyaksikan ramai muka baharu diberi kepercayaan menyandang jawatan tertinggi pada kali ini.

Mereka ialah Timbalan Ketua Pegawai Sains Institut Penyelidikan Bioteknologi, Yusup Laupe (Timbalan Presiden); Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Alna Tugon (Setiausaha) dan Penolong Pendaftar Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Mohd Khairuddin Ahmad selaku Penolong Setiausaha.

Jawatan Bendahari pula disandang Penolong Bendahari Kanan Jabatan Bendahari, Siti Aisah Ismail yang juga menang tanpa bertanding.

Turut dijalankan proses pemilihan 10 exco PPUMS di samping simbolik penyerahan tugas antara mantan Presiden, Zawawi Tiyunin kepada Azmi.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dengan dihadiri Ketua Pustakawan, Dg Rukiah Ag Amit dan Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Hj Ahmad. -SS

Foto: Musaab Umair

Bahagian Media dan Citra

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.