Naib Canselor Puji PPUMS

http://www.ums.edu.my/v5/images/stories/berita_attach/VC_PPUMS_puji.jpgJUMAAT, 26 JUN- Naib Canselor, Prof. Datuk Dr Mohd Harun Abdullah memuji Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) kerana sentiasa aktif dalam menjalankan aktiviti.

Katanya, persatuan itu dilihat paling maju ke hadapan antara semua persatuan yang ada di universiti.

"Syabas dan tahniah kepada ahli-ahli PPUMS yang sentiasa memberi komitmen dan terus memastikan persatuan ini bergiat aktif dan sentiasa bersama-sama mengangkat martabat UMS,” ujarnya.

Tambah beliau, PPUMS tidak pernah mengajukan isu kenaikan pangkat kepada universiti, tetapi lebih kepada menjaga kebajikan para ahli.

“Saya sangat tertarik dengan peranan yang dimainkan PPUMS khususnya dalam kalangan ahli jawatankuasa tertinggi... harapan saya mereka yang terpilih pada kali ini akan meneruskan legasi kecemerlangan terdahulu,” jelas  Datuk Harun pada ucapan perasmian penutupan Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS kali ke-9.

Beliau turut berpesan agar semua ahli persatuan terus mengamalkan budaya kerja yang baik dan memelihara hubungan akrab sesama pekerja sekali gus mengukuhkan sistem penyampaian kepada pelanggan.  

Datuk Harun kemudiannya turut menyampaikan sijil penghargaan kepada barisan kepimpinan PPUMS Sesi 2013/2015, selain bersama-sama para ahli persatuan itu menikmati juadah berbuka puasa.-SS

Foto: Musaab Umair

Bahagian Media dan Citra

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.