Projek Kappaweed Enactus UMS Beri Sinar Harapan kepada Penduduk di Pulau Selakan, Semporna

http://www.ums.edu.my/v5/images/stories/berita_attach/Julai2015/kappaweed_enactus.jpgKHAMIS, 2 JULAI - Pulau Selakan, Semporna yang terletak di Pantai Timur Negeri Sabah, kebanyakannya didiami oleh kaum Bajau Laut dan Suluk. Penduduk di pulau tersebut giat menjalankan industri penanaman dan penghasilan rumpai laut, menjadikan industri ini mengukir nama Pulau Selakan sebagai salah satu pengeluar utama rumpai laut di rantau Asia Tenggara.

Namun, disebabkan oleh kelemahan dalam sistem pengurusan industri rumpai laut di pulau itu, pengusaha rumpai laut di Pulau Selakan menghadapi kesukaran untuk menjana pendapatan yang stabil bagi menyara keluarga mereka, dengan pendapatan isi keluarga hanya sekitar kurang daripada RM 600 sebulan.

Penduduk Pulau Selakan gagal untuk melihat peluang yang ada di persekitaran mereka dan tidak menyedari potensi sebenar industri rumpai laut sekiranya mereka mengusahakan penanaman rumpai laut itu sendiri.

Justeru, Enactus UMS dengan azam untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di Pulau Selakan, telah mengubah halangan yang dihadapi oleh pengusaha rumpai laut dengan memperkenalkan projek Kappaweed, satu usaha yang dijangka mampu memberi masa depan yang cerah kepada penduduk di Pulau Selakan sekaligus mengubah taraf hidup mereka.

Langkah pertama telah dicapai oleh Enactus UMS apabila Bengkel ‘Memperkasa Kemahiran’  telah dilaksanakan dengan bantuan Pengarah Unit Penyelidikan Rumpai Laut Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bengkel tersebut mengajar  beberapa modul pengajaran yang mampu mengasah kemahiran 40 orang kampung Pulau Selakan dalam pengurusan aset dan perniagaan.  

Penolong ketua projek, Ahmad Radhy Abdullah juga telah menganjak projek ini dengan memperkenalkan sistem organisasi dalam kalangan pengusaha rumpai laut di Pulau Selakan, iaitu Organisasi Kappa.

Organisasi tersebut terdiri daripada pengusaha rumpai laut itu sendiri, salah seorang pengusaha, Haji Rubani bin Isnin dilantik sebagai penaung bagi memastikan projek Kappaweed dilaksanakan dengan sistematik dan mapan.

Dengan kolaborasi daripada lembaga pelancongan Sabah, Enactus UMS berharap agar projek ini mendapat sokongan daripada masyarakat setempat dan dapat menghidupkan kembali industri rumpai laut di Pulau Selakan.

Sumber: Enactus UMS

Bahagian Media dan Citra

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.