Alumni Pemimpin Mahasiswa UMS Bertemu Naib Canselor

alumni jumpa vc

SELASA, 07 JULAI – Seramai 14 alumni pemimpin mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berpeluang mengadakan perbincangan dan sesi ramah mesra bersama Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Alumni UMS yang dinamakan Majlis Perjumpaan Naib Canselor bersama Mantan-mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS itu bertujuan merapatkan hubungan antara alumni pemimpin mahasiswa dengan alma mater atau ringkasnya dikenali sebagai ‘homecoming’.

Dalam perjumpaan singkat itu, Datuk Harun menasihatkan agar ilmu yang ada diguna sebaik mungkin dan sahabat yang ada dikekalkan selamanya.

Beliau juga menyarankan para alumni menjadi pemimpin yang bijak bercakap tanpa berniat negatif dan sekiranya ingin menyampaikan sesuatu, hendaklah disampaikan secara tertib melalui saluran yang betul. 

“Kebijaksanaan seseorang pemimpin akan berbalik kepada hati dan jangan sesekali bertindak berasaskan persepsi jika ingin mengekalkan keharmonian dalam kampus, walaupun setelah bergelar alumni,” jelasnya.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali; Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Hj. Ahmad dan Pengarah Pusat Alumni UMS, Mohd. Raffie Hj. Janau. -MA-

Bahagian Media dan Citra

Sumber: Dayangku Rozlina Datuk Pg Aliuddin

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.