Alumni MPP Sokong Kepimpinan Naib Canselor

alumni sokong vc

SELASA, 07 JULAI - Alumni pemimpin mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyokong penuh terhadap kepimpinan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.

Perkara itu sebulat suara dinyatakan mantan-mantan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS dalam perjumpaan bersama Datuk Harun baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan persetujuan dan hasrat untuk menghulurkan sebarang bantuan serta kerjasama sekiranya diperlukan universiti dengan memberikan perkhidmatan secara percuma.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak turut bersetuju menubuhkan Chapter Alumni Pemimpin Mahasiswa UMS bagi membantu Pusat Alumni dan UMS amnya dalam menggerakkan pelbagai aktiviti sama ada dalam bidang akademik, pentadbiran, sukan dan pelbagai kerjasama lain.

Para alumni pemimpin mahasiswa itu berharap agar program pertemuan sedemikian juga akan diteruskan dan diperluaskan lagi kepada alumni UMS di seluruh negara.

Dalam pada itu, Datuk Harun memaklumkan, dengan tertubuhnya Chapter Alumni Pemimpin Mahasiwa UMS tersebut nanti, akan meningkatkan perasaan ‘sense of belonging’ dalam kalangan alumni sekali gus membantu meningkatkan kerjasama yang berkekalan terhadap alma mater.  

Seramai 14 alumni pemimpin mahasiswa hadir pada majlis yang diadakan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu. -SS

Bahagian Media dan Citra

Sumber: Dayangku Rozlina Datuk Pg Aliuddin

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.