Jangan Panik Terhadap Gegaran Susulan: Prof. Dr. Felix

Prof Felix Gempa BumiKHAMIS, 09 JULAI - Orang ramai khususnya penduduk sekitar kaki Gunung Kinabalu dinasihatkan tidak panik terhadap gegaran susulan gempa bumi.

Menurut Pensyarah Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), gegaran susulan yang kini direkodkan melebihi 100 kali merupakan gegaran yang biasa dan tidak membahayakan.

“Gegaran yang lebih kuat diramalkan hanya akan berlaku kira-kira 25 tahun akan datang berdasarkan kajian dan sejarah kejadian gempa bumi di negeri ini,” katanya ketika menyampaikan ceramah Sains Gempa Bumi di Kudasang kelmarin.

Mengambil contoh beberapa buah negara seperti Jepun dan Taiwan katanya, gegaran-gegaran seumpama itu sudah menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat negara berkenaan.

Beliau berkata, di Sabah ia masih baharu dan menyebabkan ramai yang masih panik walaupun sebenarnya gegaran susulan itu adalah normal dan tidak dikira berbahaya.

“Yang membahayakan cuma benda-benda yang kita letak di atas terjatuh dan menimpa kita. Justeru, elakkan menyimpan benda-benda berat di ruang atas,” ujar Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi UMS itu lagi.

Prof. Dr. Felix turut menasihatkan agar penduduk sekitar Kundasang terus mengamalkan aktiviti harian seperti biasa sambil membudayakan amalan sentiasa berwaspada. -SS

Foto: Che Hasruddin Che Hasan

Bahagian Media dan Citra

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.