Ethnologue – UMS Jalankan Kajian Bahasa Sabah

Oleh Faezah Mohamad Dun

ethnologue 6ISNIN, 10 OGOS - Kursi Kadazandusun dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Summer Insititute of Linguistic (SIL) Malaysia menganjurkan bengkel mengkaji semula data bahasa Sabah dalam Ethnologue.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah penganjuran bengkel tersebut amat bertepatan sebagai dokumentasi sekali gus menjadi  bahan rujukan generasi muda kelak.

“Bahasa merupakan unsur penting dan asas dalam budaya tradisi kita, justeru kesinambungan warisan budaya juga amat penting kepada masyarakat dalam menuju masa hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmiannya yang dibacakan Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Profesor Dato’ Mohd. Hamdan Hj. Adnan di Bilik Mesyuarat Utama PPIB.

Penganjuran bengkel yang berlangsung sehingga Khamis itu turut mencatat sejarah kepada UMS sendiri apabila universiti ini dipilih sebagai yang pertama di Malaysia untuk menjalankan kajian seumpamanya.

Sebagai rekod, Ethnologue dimulakan SIL pada 1951 oleh Richard S. Pittman bagi mengongsikan perkembangan bahasa di seluruh dunia bersama pakar bahasa dan para penyelidik.

Foto: Suzeanywati Gasinin

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.