KESUMBA Serah Sumbangan RM2,000 kepada Aman Palestin

Oleh Feria Lee

AmanPalestinSELASA, 11 OGOS – Kelab Surirumah dan Staf Wanita (KESUMBA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM2,000 kepada Aman Palestin, cawangan Sabah.

Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan daripada kalangan warga UMS melalui satu kempen yang dianjurkan KESUMBA.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Kehormat KESUMBA, Norti Sirin kepada Pengurus Aman Palestin Sabah, Jumriati Abdullah.

Hadir sama pada majlis penyampaian itu ialah Bendahari Kehormat, Silawati Khamis; Exco Kerohanian dan Kebajikan, Siti Khadizah Yaakub dan Presiden KESUMBA UMS Kampus Antarabangsa Labuan, Hayati Salleh Baihaki.

Aman Palestin merupakan sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. -SS

Foto: Hayati Salleh Baihaki

Bahagian Media and Citra

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.