UMS Komited Hasil Bahan Ilmiah Ikut Keperluan Semasa

Oleh Mohd Affzanizam Mohd Amin

pelancaran bukuintegritiRABU, 12 OGOS – Penerbitan buku ‘Integriti Dalam Keluarga: Panduan ke arah keluarga bahagia’ memperlihatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa komited dalam menerbitkan buku-buku ilmiah sebagai bahan rujukan bukan sahaja kepada pelajar institusi pengajian tinggi tetapi juga kepada keluarga yang cintakan keharmonian dan kebahagiaan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, usaha penerbitan ini juga bukti warga UMS amat komited terhadap dasar-dasar kerajaan yang berkehendakkan warga Universiti Awam khususnya untuk meningkatkan kualiti kerja di bawah bidang keberhasilan utama negara.

“Penerbitan buku ini amat bertepatan dengan keperluan semasa khususnya UMS yang sedang dalam usaha mendekati masyarakat melalui kerja sosial dan penyelidikan.

“Hasil penyelidikan kemudiannya dibentangkan kepada umum dalam seminar peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Setelah dipolemikkan dalam majlis-majlis ilmiah, hasil tersebut diteliti seterusnya ditulis dalam buku sebagaimana nukilan hasil Seminar Integriti Kebangsaan 2014”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada majlis pelancaran buku tersebut di Mini Auditorium, Fakulti Psikologi dan Pendidikan kelmarin.

Menurut Datuk Dr. Harun lagi, buku itu juga buat julung kali diterbitkan dengan mengambil sepenuhnya hasil penyelidikan daripada tokoh-tokoh akademik UMS.

Pelancaran buku tersebut disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad.

Hadir sama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Dr. Anis Yusal Yusoff.

Foto: Ernest Berinus

Bahagian Media dan Citra

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.