Peserta TCTP Lahir Rasa Bertuah Sertai TCTP

Oleh Salbinous Saribun

TCTP IndiaKHAMIS, 13 OGOS - Peserta Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2015 melahirkan rasa bertuah untuk menimba pengetahuan dalam aspek pemuliharaan biodiversiti di Sabah.

Timbalan Pengarah Alam Sekitar Arunachai Pradesh Itanagar Utara India, Dui Dohi Robin (gambar) berkata, persepsi pertama yang terlintas di fikirannya adalah Sabah sangat cantik dan lautannya antara alam semula jadi yang sukar ditemui ditempatnya.

Dengan kelebihan yang ada pada Sabah yang berada di hadapan dalam aspek pemuliharaan biodiversiti  ini, pegawai yang mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang alam sekitar ini berharap agar beliau dapat memperoleh sebanyak mana pengetahuan tentang pemuliharaan biodiversiti yang dilaksanakan di negeri ini.

“Sepanjang mengikuti program TCTP sehingga hari ke-8 ini sememangnya banyak memberi pengetahuan dan pengalaman.”

“Yang pasti, hasil yang diperoleh melalui bengkel ini akan diaplikasikan dalam pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem di Arunachal nanti,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan UMS.

Bahagian Media dan Citra

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.