UMS Turut Serta Pameran Sejarah Negeri Sabah

Oleh Faezah Mohamad Dun

Hajiji NoorJUMAAT, 21 OGOS – Gerai Pameran Universiti Malaysia Sabah (UMS) antara yang menjadi tumpuan pada Pameran Sejarah Transformasi dan Pembangunan Negeri Sabah yang berlangsung di salah sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kota Kinabalu.

Orang ramai bersilih ganti bagi menyaksikan bahan-bahan pameran UMS yang merangkumi buku-buku dan beberapa hasil penyelidikan yang berkaitan dengan sejarah  negeri Sabah.

Pameran yang diadakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Sabah itu turut menyaksikan 19 gerai pameran lain daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang sama-sama mengambil bahagian bagi menyemarakkan sambutan pada kali ini.

Menurut jurucakap Jabatan Arkib Negeri Sabah selaku penganjur, pameran itu bertujuan membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat terhadap tanah air dengan memupuk kesedaran kepentingan menghargai warisan negara dalam format rekod.

Kesemua yang mengambil bahagian telah memulakan pameran sejak 15 Ogos lalu bagi memperlihatkan kemajuan pembangunan dan transformasi negeri Sabah sejak tahun 1963.

Pameran selama dua minggu itu dirasmikan kelmarin oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.