UMS Menang Anugerah Khas Juri Pada Pertandingan Tarian Antarabangsa

UMS yang diwakili sembilan pelajar antarabangsa Republik Demokratik Timor Leste dan seorang pelajar tempatan berjaya memukau para juri melalui persembahan gabungan tarian Magunatip dan tarian Pahlawan Masyarakat Timor Leste.

Menerima sorakan gemuruh daripada para penonton yang hadir, kemenangan itu membolehkan para penari UMS menerima hadiah berupa trofi, wang tunai dan sijil penyertaan.

Anugerah tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia, Hazally Jali.

Berlangsung pagi tadi di perkarangan letak kereta bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia, pertandingan tersebut merupakan acara tahunan anjuran bersama KPT dan Nilai University.

Program yang akan berakhir pada Ahad ini turut diserikan dengan pelbagai pengisian termasuk pertandingan nyanyian nusantara dan antarabangsa. –SS

Sumber: Mohd. Khairuddin Ahmad

Bahagian Media dan Citra

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.