UMS Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah

mesyuarat mdpsKHAMIS, 13 OGOS -Universiti Malaysia Sabah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) kali ke-41, baru-baru ini.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Bangunan Canselori melibatkan seramai 40 ahli dari seluruh Universiti Awam (UA), Universiti Tenaga National (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebahagian ahli juga terlibat dalam mesyuarat Roadmap For Malaysian Postgraduate Education In The Next Decade yang berlangsung di bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah.

Para ahli mesyuarat turut berkesempatan beramah mesra bersama ahli jawatankuasa dari UMS pada satu majlis makan malam di Restoran Kampung Nelayan, Bukit Padang.

Hari kedua program menyaksikan para ahli dibawa melawat ke Muzium dan Akuarium Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) selepas mesyuarat tamat. -MA

Sumber : Pusat Pengajian Pascasiswazah

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.