Pensyarah UMS Raih Dua Anugerah Antarabangsa

norazah sukiISNIN, 24 OGOS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus maju ke hadapan dengan pelbagai pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Terbaru, seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan mengharumkan nama universiti dengan meraih dua anugerah bertaraf dunia melalui hasil penulisannya di dalam jurnal berimpak tinggi.

Prof. Madya Dr. Norazah Mohd Suki menerima anugerah Winners of the Seventh Annual Excellence in Research Journal Awards melalui penulisan jurnal bertajuk Investigating the Measurement of Consumer Ecological Behaviour, Environmental Knowledge, Healthy Food, and Healthy Way of Life.

Pencapaiannya itu cukup membanggakan apabila menjadi pensyarah tunggal Malaysia yang meraih anugerah tersebut bersama beberapa pensyarah dari universiti-universiti terkemuka dunia seperti  University Oxford, Florida International University, University of Freiburg, Germany dan  National Taiwan Normal University. 

Pemilihan penerima anugerah oleh IGI Global adalah berdasarkan keaslian penyelidikan, praktikal penyelidikan, kualiti penulisan, penyelidikan substantif dan metodologi.

Pada masa yang sama, Dr. Norazah juga sekali lagi mengharumkan nama universiti apabila hasil penulisannya dalam Jurnal Pemasaran Islamik turut diumumkan sebagai pemenang anugerah EMERALD Awards for Excellence 2015 - Highly Commended Paper.

Beliau meraih anugerah itu bersama dua pensyarah dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Sambil berterima kasih atas segala dorongan dan motivasi kepada UMS khususnya Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Dr. Norazah turut menanam tekad untuk terus bergiat aktif dalam menjalankan penyelidikan dan menyumbangkan hasil penulisan ke jurnal berimpak tinggi untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Kata beliau lagi, “Pencapaian dan penerimaan anugerah seumpama ini  bukanlah tujuan yang utama, tapi saya percaya ini adalah bonus yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang sentiasa rajin berusaha dan komited dengan kerja.

“Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan ini dan pasti ia akan menjadi pencetus semangat untuk meneruskan kecemerlangan dalam menyemai bakti di universiti yang tercinta ini,” ujarnya, yang berperwatakan serius namun sangat peramah. -SS

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.