Universiti Berperanan Penting Lahirkan Mahasiswa Seimbang: Datuk Mary

datuk Mary selfieSELASA, 01 SEPTEMBER – Universiti berperanan penting dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata, kecemerlangan pelajar perlu merangkumi pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

“Kita mahu melahirkan pelajar yang berdaya saing, berkepimpinan tinggi selain mempunyai nilai pasaran kerja apabila tamat pengajian kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat di hadapan pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi 2015/2016 Dewan Canselor hari ini.

Datuk Mary turut menyeru agar para pelajar memanfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang menuntut ilmu selama tiga hingga empat tahun berada di universiti.

“Selain ilmu, para pelajar juga perlu mendalami serta membudayakan sikap integriti dalam diri masing-masing,” ujarnya sambil memaklumkan sikap itu adalah merangkumi keikhlasan dan kejujuran.

Oleh yang demikian katanya, para pelajar perlu mengelakkan amalan plagiarisme, ponteng kuliah  selain  menghindari aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

Pada majlis itu, Datuk Mary turut beramah mesra dengan mahasiswa sambil bersama-sama melaungkan slogan Kementerian Pendidikan Tinggi ‘Soaring Upwards’.

Turut hadir, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dan pegawai-pegawai utama dan kanan universiti.

Foto: Johaidi Ismail

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.