UMS Terima 4,481 Pelajar Baharu

OlehChe HasruddinChe Hasan

pendaftaran kolejSELASA, 01 SEPTEMBER: Seramai 4,481 pelajar melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2015/2016.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, jumlah tersebut merangkumi 2,021 pelajar dari Sabah (45%), 1,941 Semenanjung Malaysia (43%), 381 Sarawak (8.5%) dan 138 pelajar antarabangsa (3%).

“138 pelajar antarabangsa itu merangkumi 23 negara, antaranya China (89 orang), Brunei (14 orang), Fiji (6 orang), Jerman (2 orang), India (2 orang), Indonesia (2 orang), Tanzania (2 orang), Yemen (2 orang), Pakistan (2 orang), Maldives (2 orang) dan lain-lain,” katannya dalam sidang media sempena pendaftaran Kolej Kediaman bagi kemasukan pelajar baharu sesi 2015/2016 kelmarin.

Beliau menambah, pecahan mengikut jantina pula ialah lelaki seramai 1,429 (32%) sementara perempuan 3,052 (68%), manakala mengikut pecahan aliran pula seramai 1,945 orang ditawarkan aliran Sains (43%) sementara 2,536 orang aliran Sastera (57%) .

Datuk Harun berkata, Fakulti Sains Sumber Alam (FSSA) menawarkan tempat yang paling banyak iaitu sebanyak 859, Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) 847 tempat, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) 736 tempat, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) 577 tempat, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) 376 tempat, Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) 363 tempat, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) 346 tempat, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) 204 tempat, Fakulti Pertanian Lestari (FPL) 98 tempat, dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) 75 tempat.

“UMS turut menawarkan 100 tempat kepada pelajar menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam kalangan pelajar kurang berkemampuan untuk mengikuti pengajian prasiswazah kali ini.

“CSR ini yang merupakan kali ketiga dijayakan UMS dilaksanakan berdasarkan pendapatan isi rumah 40 peratus terendah dan melepasi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan UPU,” tambahnya.

Pada tahun ini UMS turut menerima kemasukan19 pelajar dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ditempatkan di tingkat bawah kolej kediaman selain disediakan kenderaan khas untuk menghadiri kuliah.

Kesemua pelajar akan tinggal di kolej kediaman dan akan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) sebagai persiapan bagi menyesuaikan diri suasana kehidupan kampus.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.