TCTP Terus Diperkukuh dibawah IBTP

Oleh Salbinous Saribun

tctp penutupanRABU, 26 OGOS - Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2015 terus diperkukuh dalam masa terdekat dibawah penyelarasan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Beliau berkata, Sabah akan terus menjadi tempat latihan antarabangsa yang konsisten bagi biodiversiti bersepadu dan pengurusan ekosistem.

“Saya percaya peserta program ini turut mendapat manfaat menerusi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dikongsikan ketika berada di Sabah,” katanya dalam ucapannya pada majlis penutupan TCTP 2015.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Joseph Guntavid.

Terdahulu, Pengarah IBTP, Prof. Dr Charles Santhanaraju Vairappan memaklumkan  sejumlah 17 negara dengan lebih 52 agensi kerajaan luar telah mendapat manfaat daripada kejayaan Sabah yang mengintegrasikan semua pihak berkepentingan dalam pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem.

Program selama 22 hari itu dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Sumber Asli Negeri (NRO), Kementerian Luar dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan wakil JICA Malaysia Shinobu Yoshizawa.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.