Pendidikan dan Penghayatan Ilmu Perlu Sentiasa Dimantapkan: Naib Canselor

Oleh Salbinous Saribun

Konvo Pusat AsasiKHAMIS, 27 OGOS - Ilmu dan budaya ilmu sangat penting dalam proses pembangunan diri, organisasi, negara dan tamadun, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.

Justeru katanya, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dimantapkan sepanjang hayat.

“Saya berharap, dengan ilmu dan pengalaman yang digarap semasa para pelajar berada di Asasi Sains dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian,” kata beliau dalam teks ucapan perasmian Majlis Penyampaian Sijil Asasi Sains yang dibacakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Datuk Harun berkata, dalam apa jua bidang yang bakal diceburi kelak, para pelajar  hendaklah menunjukkan nilai-nilai kecemerlangan dari segi personaliti dan kemampuan berinteraksi dengan masyarakat.

“Kejayaan yang diperolehi bukan sahaja untuk merebut peluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda, tetapi juga dapat dimanfaatkan kepada masyarakat sekeliling untuk kelestarian kehidupan,” ujarnya.

Berlangsung hari ini di Dewan Resital UMS, Dr. Ismail Ali turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada 310 pelajar yang berjaya menamatkan program Asasi Sains sesi 2014/2015.

Hadir sama, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad dan Ketua Pustakawan UMS, Dg. Rukiah Ag. Amit.  

Foto: Vanessa Nessa

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.