Pendaftaran Pelajar Baharu UMS Labuan Berjalan Lancar

labuan pendaftaran pelajar baharuRABU, 02 SEPTEMBER -  Proses pendaftaran pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) sesi pengambilan akademik 2015/2016 berjalan lancar.

Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Murnizam Haji Halik berkata, proses itu berjalan lancar seperti mana yang dirancang berikutan pengalaman pegawai dan kakitangan yang terbabit termasuk Bahagian Perkhidmatan Akademik, Bahagian Kewangan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komputer, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan dan Bahagian Keselamatan.

Malah, beliau berkata kerjasama dan komitmen Pembimbing Suai Mesra (PSM) telah banyak membantu melancarkan pergerakan pelajar dan ibu bapa dari Lapangan Terbang Labuan dan Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan serta Terminal Kenderaan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pendaftaran pelajar baharu di Dewan Utama UMS Labuan, kelmarin.

Turut mengiringi lawatan Dr. Murnizam dan sekali gus menyampaikan taklimat ialah Penolong Pendaftar HEP, Mas Adi Alimin dan Penolong Pendaftar Bahagian Akademik, Asly Buncho.

Rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan sambutan dan layanan mesra petugas PSM dan kakitangan UMS Labuan sekali gus memudahkan pergerakan dan pendaftaran anak-anak mereka. –SS

Sumber: Azri Onn

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.