UMS Jana Transformasi Pembangunan Pesat Sabah: Ketua Menteri

lafaz ikrar MusaKHAMIS, 03 SEPTEMBER - Kerajaan negeri akan terus komited dan bekerjasama dalam meningkatkan lagi tahap pendidikan di Sabah.

Ketua Menteri Sabah yang juga Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, sejak kewujudan UMS, pembangunan dan kemajuan negeri bergerak seiring demi menampung keperluan ekonomi dan sosial pelajar.

“Ia juga telah memberi nilai tambah daripada segi pembangunan modal insan, peningkatan taraf hidup dan ekonomi masyarakat sekitarnya.

“Pendek kata, UMS telah menjana satu transformasi pembangunan pesat dalam satu tempoh yang sangat pantas,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Mahasiswa Baharu UMS di Dewan Canselor hari ini.

Datuk Seri Musa berkata, para pelajar amat bertuah kerana berjaya melangkah ke menara gading yang pastinya menjadi impian dan cita-cita setiap pelajar.

“Sehubungan itu, saya berharap siswa siswi sekalian dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin dan sentiasa mematuhi segala peraturan kampus, mendahulukan tanggungjawab sebagai pelajar serta berusaha dengan gigih untuk menjadi insan cemerlang,” tambahnya.

Pada majlis itu, Datuk Seri Musa turut menyaksikan lafaz ikrar dan aku janji para pelajar baharu UMS bagi sesi kemasukan 2015/2016.

Hadir sama, Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS.   

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.