UMS Hasilkan Graduan Berdaya Saing dalam Pasaran Kerjaya

Ikrar LabuanISNIN, 07 SEPTEMBER - Pelbagai program prasiswazah yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menghasilkan graduan-graduan berdaya saing bagi mengisi pelbagai peluang kerjaya dalam pasaran kerja.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, kebiasaannya, kesesuaian program yang diikuti dilihat sebagai antara punca kepada kesulitan menentukan kerjaya selepas bergraduat.

Namun  katanya, pada zaman globalisasi dan liberalisasi yang berteraskan ICT, dunia tanpa sempadan ini, alasan tersebut tidak boleh lagi dianggap sebagai teori yang dominan.

“Apa sahaja bidang kursus atau program yang anda ikuti sepanjang pengajian, sebenarnya mempunyai masa depan yang sangat cerah.

“Walau bagaimanapun ia terpulang dengan kebijaksanaan individu tersebut mengaplikasikannya dengan pasaran kerja atau peluang kerjaya yang sentiasa luas menanti,” katanya.

Selain itu juga, Datuk Harun berkata, kewujudan UMS di negara ini memberikan keunikan dalam penawaran program-program pengajian yang diwujudkan.

“Oleh itu, semasa mengikuti pengajian di UMS, bertekad dan berusahalah menjadi seorang yang terbaik antara rakan-rakan anda yang terbaik. Be the best of the best!,“ ujar beliau dalam ucapannya pada Majlis Pengenalan Pegawai Utama Universiti dan Majlis Ikrar dan Aku Janji Mahasiswa Baharu UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Turut hadir, Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Ahmad; Pemangku Bendahari, Zallifah Shadan; Pengarah UMS-Kampus Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Murnizam Halik dan Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Prof. Madya Dr. Syed Nasirin Syed Zainol Abidin. -SS

Sumber: Azri Onn

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.