Naib Canselor Cetus Semangat Kepada Pelajar Baharu

Oleh Che Hasruddin Che Hasan

KHAMIS, 10 SEPTEMBER – Pelajar baharu sesi kemasukan 2015/2016 bertuah kerana mempunyai seorang Naib Canselor yang sentiasa membangkitkan semangat kepada pelajar untuk terus berjuang dalam meningkatkan tahap keilmuan sepanjang berada di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, kehadiran pelajar baharu di UMS umpama sepohon pokok yang baru bertunas yang cuba menyedut sebanyak-banyak ilmu.

“Terokai dan nikmatilah ilmu yang bakal dicurahkan, yang akan menjadi tunjang peneguh iman di dada.

“Tiga hingga lima tahun berada di sini tidak lama. Positifkan diri dengan melapangkan dada menerima ilmu baharu. UMS mempunyai kepakaran yang cukup dan diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” jelas beliau pada Majlis Lafaz Ikrar yang berlangsung di Dewan Canselor baru-baru ini.

“Kutip, canai dan cernakan ilmu agar sebati dengan jiwa anda. Sebar, kongsi dan beramallah dengan ilmu yang diperoleh untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.”

Tambah Datuk Harun lagi, selama tempoh itu juga pelajar akan membentuk peribadi dan jati diri kerana UMS mengimbangi keperluan akademik dan kokurikulum bagi membentuk graduan yang holistik dan berdaya saing.

Beliau turut mengingatkan agar semua pelajar menggunakan sepenuhnya kemudahan dan prasarana yang disediakan pihak universiti serta belajar bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan yang diimpikan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.