UMS Mahu Lahirkan Usahawan Muda

MSM FPL2SELASA, 8 SEPT - Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Kampus Cawangan Sandakan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima seramai 67 pelajar baharu sempena kemasukan sesi akademik 2015/2016 baru-baru ini.

Pada Majlis Pengenalan Pegawai Utama dan Kanan Universiti serta Lafaz Ikrar dan Aku Janji yang berlangsung di fakulti tersebut, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah menekankan agenda untuk melahirkan usahawan muda.

“Ini sesuai dengan kehendak kerajaan dalam 10 Lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP) Pendidikan Tinggi yang menyentuh Lonjakan 1 iaitu Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Madya Dr. Ismail Ali ketika mewakili Naib Canselor merasmikan majlis tersebut.

Menurut Dekan FPL, Dr. Wan Mohamad Wan Othman, jumlah pelajar baharu itu meningkat daripada tahun sebelumnya.

“Jumlah yang mendaftar setakat ini tidak termasuk mereka yang akan masuk pada pengambilan kali kedua. Namun, pada kali ini jumlah pelajar semakin meningkat berbanding tahun lalu,” ujar beliau.

Seperti Kampus Induk Kota Kinabalu, dan Kampus Antrabangsa Labuan, Kampus Sandakan juga turut menjalankan Minggu Suai Mesra selama 5 hari bermula pada 2 September.

Antara program yang diadakan termasuklah taklimat daripada Bahagian Perkhidmatan Akademik, Taklimat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Taklimat MyAgrosis, dan Malam Bakat. –ZMD

Sumber : Muhammad Jumrat Minsun, HEP

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.