Peserta UMS Beri Saingan Sengit pada Pertandingan Debat Antarabangsa

Oleh Salbinous Saribun

RABU, 09 SEPTEMBER - Peserta Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempamerkan aksi memberangsangkan pada  Pertandingan Debat International Kelantan British Parliamentry (IKBP) kali ke-3 yang berlangsung baru-baru ini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

UMS yang diwakili Presiden Kelab Debat Bahasa Inggeris (EDC), Muhammad Zulfadhli Zulkifli dan mantan presiden, Eric Yoong mara hingga ke peringkat akhir dan bersaing sengit dengan tiga pasukan lain iaitu  Universiti Teknologi Mara (UiTM), kumpulan Lagend dan Kolej San Veda dari negara Filipina.

Pada peringkat itu, peserta UMS yang juga pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam muncul tempat keempat sekali gus menerima trofi, sijil dan wang tunai bernilai RM600.

Juara disandang Lagend Malaysia, naib juara UiTmanakal tempat ketiga ialah Kolej San Veda, Filipina.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Azmi Jumat berkata, pencapaian bertaraf antarabangsa itu merupakan satu kebanggaan kepada universiti.

“Ia mengangkat imej UMS dan membuka mata pelbagai pihak mengenai keupayaan universiti membentuk dan melahirkan mahasiswa yang berbakat dan seimbang selaras dengan pelan lonjakan pendidikan negara yang pertama iaitu mempunyai kemahiran insaniah dan terdidik,” katanya.

Jelas beliau, UMS akan terus memberi galakan kepada siswa-siswi untuk bergiat aktif dalam seni orator seumpama itu yang dilihat sebagai langkah yang tepat bagi mengasah daya pemikiran yang kritis dan mendidik teknik komunikasi berkesan.

“Ini adalah usaha berterusan jabatan HEP UMS dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan ranking universiti,” tambahnya lagi.

Sebanyak 48 kumpulan dari dalam dan luar negara telah mengambil bahagian sepanjang tiga hari pertandingan itu berlangsung.

Foto: Rohani Hadi, HEP

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.