Oleh Mohd Affzanizam Mohd Amin
Gambar: Johaidi Ismail

Katanya, ia termasuklah seramai 89 orang kumpulan pelajar baharu UMS kategori isi rumah 40% terendah (B40) pada sesi kemasukan pelajar baharu 2015/2016.
“Bagi meringankan beban kumpulan pelajar tersebut, UMS mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan berupa makanan selama sebulan sementara para pelajar menguruskan dan mendapatkan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sesi ramah mesra bersama pelajar mekanisme mod kemasukan baharu isi rumah 40% terendah baru-baru ini.
Menurut Datuk Harun, bantuan itu diharap mampu meringankan beban para siswa-siswi baharu yang terlibat dan fokus kepada sesi kuliah yang telah bermula.
“Menjadi harapan saya agar setiap pelajar yang terpilih tidak mensia-siakan peluang yang ada setelah menjejakkan kaki ke universiti.
“Sebarang masalah yang dihadapi bolehlah berjumpa dengan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang sedia membantu anda,” tambahnya lagi.
Penawaran kemasukan pelajar ke universiti yang tersenarai dalam kategori B40 merupakan satu inisiatif UMS dalam menjalankan tanggungjawab untuk memastikan para pelajar yang kurang kemampuan dapat meneruskan pengajian ke peringkat universiti.