UMS Tuan Rumah Pesta Buku Borneo Kali Pertama

 

Oleh: Mohd. Affzanizam Mohd Amin

 

Gambar: Ernest Berinus

JUMAAT, 18 SEPTEMBER – Universiti Malaysia Sabah menjadi tuan rumah bagi penganjuran julung kalinya Pesta Buku Borneo bermula kelmarin sehingga 21 September ini.

Pesta buku yang diadakan di kompleks beli belah 1Borneo itu adalah hasil cadangan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang mencadangkan agar UMS melalui Penerbit UMS menerajui satu pesta buku yang merangkumi bukan sahaja Sabah dan Sarawak malah Brunei dan Wilayah Kalimantan, Indonesia.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata penganjuran pesta buku ini antara lain bagi menggalakkan serta menggiatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Menerusi pameran dan jualan pelbagai genre bahan bacaan dalam dan luar negeri, ia akan  memberikan lebih banyak pendedahan dan pilihan kepada pengunjung untuk membeli bahan-bahan bacaan.

“Diharap agar pesta buku ini dapat membantu promosi buku-buku ilmiah khususnya selain pelbagai jenis buku-buku akademik dan bukan akademik yang lain” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pesta berkenaan.

Beliau menambah, penganjuran Pesta Buku Borneo diharap dapat membantu usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta dalam memupuk kerjasama serantau di antara Brunei Darussalam, Kalimantan dan juga wilayah-wilayah di bawah BIMP-EAGA.

“Pihak penganjur juga berharap agar pesta buku ini dapat dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri Sabah,” ujarnya.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.