Budaya Membaca Jana Intelek: Datuk Masidi

Oleh Salbinous Saribun

Gambar: Ernest Berinus

JUMAAT, 18 SEPTEMBER – Orang ramai khususnya golongan muda perlu membudayakan amalan membaca berbanding terus melayan karenah laman sosial.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, pada masa kini masyarakat lebih cenderung kepada laman sosial sehingga terlupa bahawa sumber ilmu yang menjana intelek dan daya pemikiran adalah melalui pembacaan buku.

“Misalnya, berjam-jam dihabiskan untuk melayan aplikasi whatsapp dengan menggunakan singkatan-singkatan perkataan, malah ramai juga yang gemar menggunakan simbol sahaja. Mungkin dari sisi lain ia menjimatkan masa tetapi ia sebenarnya  memberi kesan perkembangan sifat malas terutama dalam merangsang minda untuk berfikir,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Pesta Buku Borneo anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di 1Borneo kelmarin.

Datuk Masidi yang juga Exco Pelajaran Negeri Sabah turut menyeru agar orang ramai memanfaatkan pesta itu sepenuhnya dan mendapatkan buku-buku ilmu sepanjang lima hari program itu berlangsung.

“Rebutlah peluang ini sebaik mungkin kerana budaya membaca begitu banyak faedahnya,” ujarnya sambil menyifatkan amalan membaca dapat menghindari penyakit nyanyuk.

Pada majlis itu, Datuk Masidi turut melawat gerai para pempamer buku dengan ditemani Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dan Pengarah Penerbit UMS, Prof. Madya Dr Asmady Idris.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.