Jabatan HEP UMS Semarak Hari Malaysia

ISNIN, 21 SEPTEMBER - Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini melibatkan lebih 200 pelajar dan kakitangan UMS.

Pelbagai acara dipertandingkan termasuk Pertandingan Pidato Merdeka, Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik dan Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak.

Program yang mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali disemarakkan lagi dengan penampilan seramai 20  kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Pakaian Beragam melibatkan dua kategori iaitu Kategori A (1-3 tahun ) dan kategori B (4-6 tahun).

Bertemakan konsep Hari Malaysia Sehati Sejiwa pelbagai busana yang digayakan menampakkan semangat kanak-kanak dalam menyambut Hari Kebangsaan.

Program itu telah disempurnakan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Kemajuan Pelajar, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Turut hadir Ketua Jabatan HEP, Azmi Jumat; Pengarah Pusat Sukan UMS, Mohd Asyraaf Abdullah dan Pengarah Pusat Alumni, Mohd Raffie Janau. -SS

 

Sumber: Norhana Nordin, HEP

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.