Taklimat tersebut bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, FSSA turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendaftar dan Etiqa Takaful Berhad.
Wakil dari Etiqa Takaful, Abdul Halim Lamsarang yang menyampaikan taklimat menjelaskan Siri taklimat ini adalah selaras dengan usaha menyebarkan amalan takaful di kalangan kakitangan yang hadir.
“Melalui pengenalan Pelan Takaful Keluarga Mutiara Plus yang baharu ini dapat membantu para kakitangan untuk mendapatkan pelan insurans mampu milik yang merangkumi semua ahli keluarga mereka.
“Usaha dari gabungan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Etiqa Takaful Berhad ini merupakan satu usaha positif agar ahli-ahli tidak meninggalkan kesengsaraan kepada keluarga,” ujarnya.
Menurutnya lagi, pelan takaful ini terbuka kepada anggota sektor awam dalam Kementerian , Jabatan, Agensi mahupun Pihak Berkuasa Tempatan dan merangkumi perlindungan kepada pasangan serta anak-anak mereka.
Dalam pada itu, Dekan FSSA, Prof Dr. Baba Musta berkata taklimat yang dihadiri oleh kakitangan bukan akademik ini diharap memberi kesedaran tentang keperluan dan kepentingan pelan insurans kepada kakitangan fakulti sebagai salah satu medium jaminan di masa hadapan.
Turut senada dengan beliau Timbalan Pendaftar FSSA, Hasmi Hashim yang berpendapat taklimat ini sesuai dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai insurans berkonsepkan takaful kerana ia meliputi aspek perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.
Sumber: Kenny Uwai, FSSA