Oleh: Che Hasruddin Che Hasan
Foto: Ramdan Saleh Nain

Pada persidangan tersebut, ahli akademik, penyelidik serta pendidik dari serata negara bertemu untuk membincang, membahas dan meneliti isu-isu penting dalam bidang pendidikan sains dan matematik yang terhasil daripada penyelidikan yang telah dibuat sebelum ini.
Datuk Hajjah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid berkata, menerusi pengajian berbentuk empirikal dengan penjelasan saintifik akan membantu pemahaman lebih jelas yang didatangkan dengan penyelesaian yang lebih inovatif dan kreatif untuk menambah baik cabaran yang dihadapi.
“Menerusi persidangan ini, saya berharap ia dapat membekalkan wawasan bagaimana sistem pendidikan ini berfungsi untuk menambah baik kurikulum standasd sains dan matematik termasuk juga pencapaian pelajar dalam konteks Asia Tenggara, khususnya di Malaysia.
“Penganjuran ini juga diharapkan dapat memberikan lebih peluang kepada guru-guru sains dan matematik di negeri Sabah berkongsi idea dan sentiasa mengemas kini pembangunan pendidikan sains dan matematik,” ujarnya ketika merasmikan BICSME 2015 di Grand Ballroom, 1Borneo, Kota Kinabalu malam tadi.
Tambah Datuk Jainab lagi, pertemuan ilmiah sebegini dapat meneliti, membahas dan membincangkan berkenaan isu semasa yang berkait dengan kurikulum, pedagogi, penilaian dan teknologi ICT pendidikan sains dan matematik.
Persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 21-23 September 2015 ini turut menyaksikan penyertaan ahli akademik dari lima buah negara iaitu Jepun, Indonesia, Filipina, Denmark dan Singapura.
Seramai 184 orang peserta dan 3 orang penyampai ucaptama terlibat sepanjang persidangan tersebut.