SPOR Anjurkan Bengkel Ganoderma Boninense Kelapa Sawit

KHAMIS, 01 Oktober - Unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari (SPOR), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan bengkel Ganoderma Boninense baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPOR UMS,  bengkel tersebut bertujuan untuk berkongsi kepakaran kepada masyarakat luar, terutamanya dalam bidang perusahaan kelapa sawit.

Menurut kenyataan itu lagi, semua peserta bengkel turut diperkenalkan dengan produk GanoKit iaitu alat yang dicipta SPOR bagi mengesan kewujudan kulat pada pokok kelapa sawit.

Bengkel sehari yang diadakan di Bilik Seminar FSSA itu turut disertai beberapa peserta dari Semenanjung Malaysia dan Hong Kong.

Pada bengkel tersebut, para peserta turut berkesempatan mendengar ceramah daripada  Ketua SPOR, Profesor Madya Dr. Chong Khim Phin. -ZMD

Sumber : SPOR