‘Tun Mustapha’ Suntik Semangat Pelajar ke Menara Gading

JUMAAT, 02 OKTOBER – Exco Akademik dan Kerjaya Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdullah 2, Semporna mengadakan Program Segerak Borneo 5.0, baru-baru ini.  

Menurut Pengarah Program, Muhamad Anas Ahmad Siati, program tersebut bertujuan memberi gambaran awal dan suntikan semangat kepada pelajar yang bakal melanjutkan pendidikan ke peringkat universiti.

“Program ini merupakan salah satu medium untuk pelajar sekolah SMK Abdullah 2 merasai kehidupan berada di universiti seterusnya memberi semangat dan motivasi kepada pelajar untuk memasuki menara gading,” katanya.

Di samping itu jelasnya, program yang dicetuskan guru-guru sekolah berkenaan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar melihat sendiri pembangunan sekitar UMS dan Kota Kinabalu.

Anas berkata, antara aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘ice breaking’, eksplorasi, persembahan bakat dan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).

“Selain itu, pelajar turut dibawa melawat persekitaran UMS, termasuk ke  Dewan Kuliah Pusat bagi melihat sesi kuliah yang dijalankan,” tambahnya lagi.

Bagi salah seorang peserta, Mohd. Said Tuloh, 17, penganjuran program tersebut telah memberi impak yang positif terhadap dirinya.

“Dalam program ini saya telah mempelajari bahawa kerjasama dalam kumpulan seperti aktiviti LDK adalah sangat penting sekali gus memberi gambaran awal bahawa kehidupan berdikari amat penting dalam dunia kampus,” ujarnya.

Segerak Borneo 5.0 kali ini melibatkan 42 pelajar yang berkampung di Kolej Kediaman Tun Mustapha selama lima hari. -ZMD

Sumber : Norhana Nordin HEPA

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.