Giatkan Aktiviti Keilmuan Untuk Manfaat Masyarakat : Naib Canselor

Oleh : Mohd Affzanizam Mohd Amin

Foto :  Musaab Umair

ISNIN, 5 OKTOBER -  Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah menyeru warga UMS khasnya dan masyarakat secara umumnya agar mempergiatkan aktiviti keilmuan mengikut peranan masing-masing.

Ujarnya, segala usaha dan hasil yang berteraskan ilmu mampu menjadi satu sumbangan untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan alam secara keseluruhannya.

“Kepekaan dan kesedaran betapa pentingnya sejarah ilmu terdahulu adalah satu kesinambungan terhadap perkembangan dan kemajuan ilmu semasa .

“Justeru, khazanah keilmuan ini perlu disimpan, direkodkan dan  dibukukan sebagai bahan rujukan dalam menjalankan kajian dan penyelidikan yang mampu memberi impak besar terhadap kemajuan negara  dan manfaat kepada seluruh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Program Budaya Ilmu Perpustakaan UMS 2015 di 1 Megalab, Perpustakaan UMS baru-baru ini.

Menurutnya lagi, program budaya ilmu seumpama ini harus diteruskan pada masa akan datang dengan mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan keilmuan.

Pada majlis tersebut, turut dilancarkan kad keahlian luar perpustakaan, penyampaian anugerah peminjam buku terbanyak dan pelancaran buku “Dari Cinta Kepada Cinta” hasil karya pensyarah Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Dr. Ramzah Dambul.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.