Perpustakaan UMS Lancar Kad Keahlian Luar

Oleh : Mohd Affzanizam Mohd Amin

Foto: Musaab Umair

 

ISNIN, 5 OKTOBER – Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah telah melancarkan kad keahlian luar sebagai salah satu langkah dalam menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Kad keahlian yang terbahagi kepada dua jenis, iaitu kad keahlian Gold dan Silver itu telah dilancarkan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah bersempena penutupan program budaya ilmu UMS 2015 di 1 Megalab baru-baru ini.

Menurut Ketua Pustakawan UMS, Dg. Rukiah Ag. Amit, pelancaran kad keahlian ini adalah salah satu tanggungjawab sosial UMS dalam melaksanakan Strategi Lautan Biru bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat di Sabah.

“Kad keahlian Gold diberikan khusus kepada kalangan Ahli Lembaga Pengarah UMS manakala keahlian Silver dikhususkan untuk ketua-ketua jabatan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan badan berkanun di Sabah serta beberapa ketua agensi swasta,” jelasnya.

Beliau menambah, pelancaran kad keahlian tersebut dan beberapa aktiviti yang dijalankan bersempena program yang berlangsung sepanjang bulan September ini antara lain adalah sebagai satu inisiatif pihak perpustakaan UMS ke arah memupuk budaya dan semangat cintakan ilmu pengetahuan dalam kalangan warga UMS dan masyarakat sekitarnya.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pameran fakulti dan jabatan di UMS, pameran produk perkhidmatan dari agensi kerajaan dan agensi luar, perkongsian ilmu melalui program Bicara Sarjana, pameran dan jualan buku, kuiz, program literasi maklumat untuk pelajar baharu, info hunt, teka silang kata dan cabutan bertuah.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.