UMS –Talisman Malaysia Anjur Bengkel Biasiswa Dan Kerjaya

Oleh: Mohd. Affzanizam Mohd Amin

Foto: Ramdan Saleh Nain

SELASA, 6 OKTOBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Talisman Malaysia Limited menganjurkan bengkel biasiswa dan kerjaya dalam industri minyak dan gas khusus kepada pelajar kejuruteraan UMS.

Bengkel dua hari yang bermula kelmarin merupakan antara satu ikatan kerjasama yang sedia terjalin antara UMS dan Talisman Malaysia sebelum ini, yang bermatlamatkan memberi pendedahan awal kepada para pelajar yang mengambil program pengajian berkaitan industri minyak dan gas.

Melalui bengkel tersebut, para pelajar kejuruteraan, khususnya pelajar tahun satu dan dua didedahkan mengenai kaedah penulisan CV dan kemahiran dalam temuduga bagi persiapan mereka terhadap prospek kerjaya dan permohonan biasiswa yang ditawarkan oleh Talisman Malaysia.

Para peserta turut berpeluang mengetahui tentang kemahiran dan latihan dalam persepktif industri minyak dan gas.

Bengkel tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah di Auditorium Yayasan UMS.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Sumber Manusia Talisman Malaysai, Johan Moktar; Dekan Fakulti Kejuruteraan Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dan wakil Talisman Malaysia di Sabah, Eddie Abdullah.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.