173 Pelajar Antarabangsa Hadir Program Luncheon Talk Bersama Tun Zaki

KHAMIS, 22 OKTOBER - Seramai 173 pelajar antarabangsa menghadiri program Luncheon Talk bersama Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Tun Zaki Tun Azmi di Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kelmarin.

Ceramah yang diadakan buat julung kalinya itu dimulakan dengan sesi pengenalan daripada Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Molly Donna Awang Sham.

Program tersebut diteruskan dengan ceramah Tun Zaki yang mengulas mengenai pencapaian akademik pelajar.

Beliau mengumumkan seramai tiga pelajar antarabangsa akan menerima anugerah atas pencapaian akademik yang cemerlang pada majlis konvokesyen November ini.

Seorang daripadanya ialah pelajar dari Korea Selatan yang bakal menerima Anugerah Tun setelah mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.97.

Dua pelajar yang lain pula akan menerima Anugerah Dekan.

Dalam pada itu, Tun Zaki turut membicarakan lain-lain isu yang berkaitan masalah bahasa, sosial dan aktiviti-aktiviti pelajar.

Beliau juga menyarankan agar UMS membantu memperkasakan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan mereka dengan mewujudkan program pengucapan awam, memperkenalkan lebih banyak aktiviti berkumpulan dan mengadakan program Keluarga Angkat.

Beliau juga memberi cadangan agar para pelajar antarabangsa perlu belajar dan seterusnya menguasai bahasa Melayu.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin;  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali; Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Prof. Datin Dr. Mariam Abdul Latif; Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Prof. Dr. Vincent Pang; wakil UMS Investment, Ramlan Awang Ali dan wakil Bahagian Perkhidmatan Akademik UMS, Ghazali Nurilah,

Untuk rekod,  pelajar yang hadir pada program itu terdiri daripada pelajar negara Republik Rakyat China, Brunei, Indonesia, Maldives, Fiji, Timor Leste, Tanzania, Omen, Zanzibar,  Iraq, Vietnam dan Kemboja. –SS

 

Sumber: Mohd Khairuddin Ahmad, PHEA

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.