Selamat Bersara, Datuk Abdullah

KHAMIS, 12 NOVEMBER – Majlis Serah Tugas Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lt. Kol. (K) Datuk Hj. Abdullah Hj. Mohd Said telah berlangsung di Galeri Majlis, Bangunan Canselori baru-baru ini.

Penyerahan tugas tersebut telah diterima oleh Pemangku Pendaftar UMS, Noman Datuk Hj Ahmad dengan disaksikan Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr Ismail Ali yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.

Dr Ismail berkata, sumbangan yang diberikan oleh Datuk Abdullah tidak ternilai harganya kerana beliau merupakan antara kakitangan terawal yang berkhidmat di UMS sejak awal penubuhan lagi.

“UMS sangat berterima kasih dengan khidmat bakti yang dicurahkan Datuk Abdullah selama lebih dari 20 tahun mengurus tadbir pengurusan UMS bermula dari Penolong Pendaftar hinggalah memegang tampuk jawatan Pendaftar UMS,” jelas Dr Ismail di hadapan kira-kira 150 kakitangan UMS.

Sementara itu, Datuk Abdullah ketika memberikan ucapan menyeru agar semua kakitangan UMS bersatu hati dan mewujudkan perasaan sayang dan cintakan UMS.

“Warga UMS perlu menanamkan semangat harmoni, semangat kasih sayang dan semangat perjuangan bagi meningkatkan kecemerlangan universiti dan inilah yang saya dapat lihat dan rasa sehingga kini,” katanya.

Datuk Abdullah turut memuji kecekapan urus tadbir universiti terutamanya Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pendaftar yang sentiasa menguruskan kebajikan kakitangan UMS dengan begitu cemerlang.

“BSM adalah bahagian penting yang mengurus selia pelantikan kakitangan, kenaikan pangkat serta persaraan. Seperti pada hari ini, keprihatinan UMS menerusi BSM mengadakan majlis meraikan persaraan saya awal dari tarikhnya sangat saya hargai,” katanya.

Datuk Abdullah juga memuji pengurusan UMS yang membudayakan majlis bagi menghargai warga UMS tidak kira gred kerana dengan cara ini, kakitangan akan sentiasa dihargai seterusnya dapat membangkitkan semangat cintakan UMS.

Mengakhiri majlis ini, Datuk Abdullah turut merakamkan clock out terakhir sebagai penjawat awam di lobi bangunan Canselori.

“Teruskan perjuangan dan UMS akan terus maju pada masa akan datang,” tegas Datuk Abdullah sebagai kata-kata nasihat untuk warga UMS.

Turut hadir dan menyaksikan peristiwa bersejarah ini ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Shahril Yusof, pegawai-pegawai utama dan kanan serta kakitangan UMS.-CD-

Foto: Ramdan Saleh Nain

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.