Majlis Anugerah Dekan Suntik Semangat Pelajar

RABU, 25 NOVEMBER - Bertemakan ‘Intelektual Pemangkin Kegemilangan’, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi telah menganjurkan Majlis Anugerah Dekan 2014/15 dengan jayanya pada 19 November 2015 bertempat di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (Annex).

Dekan FSSA, Profesor Dr. Baba Musta berkata majlis penganugerahan tersebut mampu menyuntikan semangat yang lebih tinggi kepada para pelajar untuk mengekalkan dan meneruskan momentum kecemerlangan akademik mereka.

“Terdapat program yang mencatatkan peningkatan positif dalam bilangan penerima anugerah dekan bagi tahun ini. Pada masa sama pelaksanaan aktiviti mentor-mentee turut memainkan peranan dimana pemantauan berterusan yang dijalankan dapat mengenalpasti masalah berhubung hal ehwal pelajar dan akademik seterusnya menetapkan tahap potensi yang ada pada seseorang pelajar,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat cadangan untuk melaksanakan Integrated Cumulative Grade Point Average (iCGPA) dalam penilaian dan penaksiran di peringkat fakulti mulai sesi akan datang selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi .

Majlis yang dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa FSSA tersebut menyaksikan seramai 2,345 pelajar telah menerima anugerah bagi semester pertama, manakala 2,265 pelajar lagi merupakan penerima anugerah bagi semester kedua 2014/15.

Penerima Anugerah Pingat Emas Fakulti dianugerahkan kepada pelajar daripada program Taman Alam Semulajadi dan Rekreasi, Nur Sharifah Abdul Aziz (kategori Bumiputera) dan Lim Wing Shen (kategori Bukan Bumiputera).

Manakala Anugerah Pelajar Harapan dianugerahkan kepada Mohd Amirul Tasat daripada program Fizik dengan Elektronik.

Sumber:  Kenny Uwai, FSSA.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.