Kor Suksis UMS Curah Bakti Bersama Masyarakat Kampung Kuala, Papar

KHAMIS, 25 FEBRUARI – Pasukan Kor Sukarelawan Polis Siswa-siswi (Suksis) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencurah bakti dengan melaksanakan program bakti dan komuniti kepolisan bersama masyarakat Kampung Kuala, Papar baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu melibatkan seramai 120 orang pelatih Kor Suksis Siri 1/2013 dan Siri 1/2014 UMS serta 7 orang jurulatih Kor Suksis UMS.

Program tersebut antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang sumbangan yang boleh diberikan oleh siswa-siswi universiti kepada komuniti setempat, di samping menerapkan kemahiran insaniah kepada para pelatih serta membentuk kerjasama yang tinggi dalam kalangan peserta.

Program tersebut menyaksikan para pelatih mengadakan aktiviti gotong royong perdana bersama komuniti, sukaneka dan sukan rakyat, program motivasi bersama pelajar UPSR, PT3, SPM dan STPM, pameran pencegahan jenayah, pemeriksaan kesihatan percuma dari Unit Kesihatan Papar, dan latihan asas Taekwondo dari ibu pejabat polis daerah Papar.

Pasukan Sukarelawan Kor Suksis juga mendapat sokongan daripada organisasi lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kampung Kuala, Papar, Jabatan Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Daerah Papar, serta komuniti kampung yang turut bersama-sama terlibat sepanjang program tersebut berjalan.

Atas sikap prihatin masyarakat terutamanya komuniti luar bandar dalam program bakti bersama siswa-siswi universiti, program sebegini dijangka akan diteruskan dan dipanjangkan ke kawasan luar bandar lain sebagai menyokong usaha mewujudkan perpaduan nasional yang mampan dalam kalangan pelajar universiti melalui jalinan erat antara pelatih dan masyarakat.

Sumber: Kor Suksis UMS

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.