Rakan Borneensis 2016: UMS kongsi ilmu kepada pelajar

Oleh Salbinous Saribun

ISNIN, 14 MAC - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi melalui perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan kepada masyarakat.

Terbaru, UMS melalui Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) menganjurkan Program Rakan Borneensis UMS 2016 melibatkan 30 pelajar dari lima sekolah menengah di Sabah.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, program selama tiga hari itu bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai warisan alam semula jadi.

“Program yang dilaksanakan dengan menggunakan koleksi spesimen biodiversiti adalah mustahak untuk memotivasikan golongan muda melibatkan diri dalam pemuliharaan alam dan penyelidikan pada masa akan datang,” ujarnya ketika merasmikan penutupan program tersebut.

Beliau berkata, Sabah sememangnya terkenal sebagai pusat biodiversiti utama dunia dengan kawasan pemuliharaan terbesar Malaysia seluas lebih 400,000 hektar.

“Justeru, IBTP UMS sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan universiti memikul tanggungjawab menyerlahkan kemantapan penyelidikan dalam bidang biodiversiti dan juga keberkesanan Pendidikan Alam Sekitar untuk manfaat masyarakat setempat dan antarabangsa,” tambah Datuk Harun.

Lima buah sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas, SMK Tebobon, SM St. Michael, SM All Saints dan SMK Arshad.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi; Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip dan Pengarah IBTP, Prof. Dr. Charles Vairappan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.