BPK Sertai Karnival Pendidikan di SMK Nambayan, Tambunan

JUMAAT, 15 APRIL – Bahagian Perhubungan Korporat (BPK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Informasi yang diadakan di Dewan Silatuhrahim, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nambayan, Tambunan, Sabah.

Bertemakan ‘Pencapaian Kendiri Asas Pemilihan Kerjaya’, karnival itu telah disertai lebih 20 organisasi termasuk  Jabatan Perhutanan,Tambunan; Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri, Kota Kinabalu; Pusat Giatmara, Keningau; Kolej Komuniti, Tambunan serta pelbagai agensi kerajaan dan kolej-kolej swasta.

Pengetua SMK Nambayan, Haji Mohamad Mohlis Yusak turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang  menjayakan karnival sehari itu.

“Kami berharap dapat menerima lebih banyak penyertaaan tahun depan, dan mengalu-alukan agensi-agensi yang ingin menyertai karnival ini,” ujar beliau dalam ucapannya.

Karnival berkenaan adalah sebahagian aktiviti yang disertai BPK bagi membantu mempromosikan UMS dengan menerangkan program yang ditawarkan kepada pelajar sekolah dan orang ramai, sejajar dengan seruan kerajaan untuk mempraktikkan pembelajaran sepanjang hayat. - FL

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.